Monday, September 17, 2012

Syukur PadaMu Ya Ilahi...

Alhamdulillah Ya Allah, setelah sekian waktu saya lalui jalan ini akhirnya saya temui penghujungnya. Bermula dengan kemanisan, di pertengahannya kepahitan dan kepedihan, akhirnya saya temui jua kemanisan itu sekali lagi di penghujungnya. Bukannya mudah untuk saya lalui semua ini. Sungguh-sungguh pada awalnya ia amat pedih untuk saya kunyah apatah lagi mahu telan. Tapi itulah yang terpaksa saya lalui. Satu perkara saya selalu ingat, "Allah ada bersama-sama saya". Saya cukup yakin dengan hal itu. Hari ini, 17 September 2012 adalah kenangan yang amat bermakna pada diri saya.
Hanya kesabaran dan ketabahan jua tatapan hati saya. Saya tidak mahu salahkan orang lain dalam hidup saya kerana apa yang berlaku mungkin ada kesilapan dari saya. Saya cuba lakukan yang termampu, namun rupanya saya insan yang tidak terdaya. Saya bangkit dari selaut air mata dan saya keringkan ia dengan secebis doa dari hati yang terpinggir. Mujur, dalam kepayahan itu ada kenikmatan walaupun saya terpaksa korbankan selembar hati yang terlalu kudus.
Di sepanjang laluan ini, saya hembuskan kata semangat di hati saya. Setiap yang berliku itu, pasti di hujungnya jalan yang lurus. Jadi saya gagahkan diri meredah jalan berliku untuk saya tuju jalan lurus. Alangkah bersyukurnya saya kerana Dia tetap bersama saya sekian lamanya. Ya Ilahi, betapa hati ini bersyukur walaupun terpaksa saya lalui semua ini. Dan akhirnya, tamat satu cerita pahit tapi teramat indah yang tidak mungkin hilang dari lipatan sejarah harga diri.... :)

No comments:

Post a Comment