Tuesday, July 16, 2013

Alhamdulillah, syukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya. Sungguh saya amat terharu. Hari ini hari ke 8 kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita  masih lagi bernafas dan dapat berpuasa serta meningkatkan ibadah kepadaNya. Syukur padaMu ya Allah kerana kurniaan ini sungguh indah. Alhamdulillah kerana kau kurniakan pada hambamu ini dia untukku. Tahun ini saya berpuasa bersama suami dan keluarga mentua yang pastinya banyak perkara yang saya pelajari atas apa yang berlaku. Sungguh hikmah itu terlalu besar. Insyaallah, saya akan menanti insan baru pada tahun hadapan. Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan kepada keluargaku di dunia hingga akhirat. Amin.

1 comment:

  1. Salam zah...
    Selamat berpuasa untuk zah dan family..
    Tahniah ya!
    Semoga semuanya selamat nanti..

    update la slalu..hehehe...

    ReplyDelete