Tuesday, March 29, 2011

Saya Yang Tersentak!

Sebenarnya, ada orang pernah berpesan kepada saya. Nanti, apabila awak dah kerja, awak akan jumpa seribu macam dugaan dan ragam manusia. Ketika itu, saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Hari ini, saya berada di alam pekerjaan. Memang tak lari kenyataan tersebut walau seinci. Memang saya ketemu bermacam ragam manusia. Pesan orang lama, yang muda harus hormat yang tua. Alhamdulillah, setakat ini, pesanan itu saya amalkan. Tapi kadang-kadang memang lumrah manusia begitu, muncungkan bibir cari silap orang lain. Kini saya  lalui semua itu. Baru-baru ini, ada sedikit salah faham.

Berkali-kali saya mohon maaf pada yang lama, tapi maaf saya seperti tidak dihiraukan. Ayatnya sahaja betul-betul menghiris hati saya. Seolah-olah saya ini terlau kurang ajar. Sudah berkali saya terangkan bahawa ini adalah salah faham. Tapi yang lama ini sebenarnya tak pernah mahu faham. Walaupun ini baru permulaan dan hati saya sedikit goyah, mujur mak cepat-cepat tenangkan saya.

Kata mak, kecil saja masalah ni. Mungkin ni ujian Allah yang tak seberapa. Saya terima nasihat mak. Apapun, saya sedikit pelik, kenapa dalam dunia ni ada manusia yang terlalu angkuh dengan ketinggian namanya selama ini. Pantang namanya tergoyah, dia cepat-cepat melenting! Hari ini saya tersenyum! Namanya akan tetap terkubur di pohon kemboja bila tiba masanya...

Tersentak bukan sebarangan...

No comments:

Post a Comment