Monday, March 1, 2010

1 Mac itu...

Semalam
1 Mac menikam tangkai hati
dari itu ada kelahiran
dan kepulangan yang tidak pernah dipinta
namun segalanya pasti
segalanya mesti
kerana Dia Maha Mengasihi

Tiada hadiah buatnya selama ini
kecuali secebis doa dari
darahnya yang mengalir pasti
walau jasad terkubur sepi
ada rindu bertandang lagi
ada kasih bertaut kembali
ada pilu menusuk kalbu
mendamba rindu
yang kembangnya cuma debu
di pinggir nisan berbatu

Dari aku anakmu
semalam ada bayanganmu
datang bertemu
menggegarkan jantungku bertalu
dikedekatan hati ini ada sesuatu untukmu
ikatlah aku denganmu
ditiap detik berlalu...

No comments:

Post a Comment