Monday, November 2, 2009

Wasiat Dariku untuk Anak cucuku....

Aku bentangkan
hati ini di laman mindamu
untuk kau hitung dengan
mata hatimu
agar kau mengerti erti pengorbanan
erti kesengsaraan
erti selaut kehidupan
erti cabaran

Aku bentangkan
daya fikir ini di mahligai jasadmu
untuk kau mentelaah
makna bangsa
makna bahasa
makna jasa
namun, bukan sesekali
kehancuran sia-sia

Aku bentangkan
satu gagasan di istana fikirmu
supaya kau tahu
perlembagaan bukan mainan
kedaulatan harus kau pertahankan
ingat pesanku
wahai generasiku
sekali kau tersasar
kau akan menyesal

Murizah Mustafa
Universiti Malaya
3 November 2009
1.51 a.m

No comments:

Post a Comment