Monday, November 2, 2009

Sumur Kemakmuran


Kita sebuah
keluarga bahagia
kita punyai masa depan
segunung angan-angan
selaut harapan
dan selangit impian

Namun
kita punyai halangan
yakni perlembagaan
harus kita hormati
dirinya
dan begitu juga dengan
dirinya
jangan kerana sumur di ladang
kita tenggelam di dasarnya
jangan kerana makmur itu panjang
sengaja kita sia-siakannya

Murizah Mustafa
Universiti Malaya
2.18 am (3 November 2009)

No comments:

Post a Comment