
Ini bukan lagi khayalan atau mainan, bagiku menatap wajah alam seolah-olah berada satu dunia baru. Allah mencipta sebaik-baiknya alam ini bukan sahaja untuk didiami, tetapi untuk dihayati dengan mata hati. Melihat sesuatu itu dengan mata hati, mampu meruntuhkan jiwa seorang insan bangga dengan dirinya, sedangkan semua itu hanyalah kebanggaan sementara belaka.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama merenung kembali keindahan ini. Janganlah kita memberikan kemajuan pembangunan sebagai alasan, semata-mata untuk memusnahkan keindahan ini. Cukuplah tanah, angin, air dan udara ini tersiksa oleh tangan-tangan yang mementingkan kuasa. Selamatkan Bumi Kita!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment