Saturday, August 8, 2009
Dengan satu langkah perjalanan...
Masih terngiang-ngiang ditelingaku, pesan insan yang amat kuingati.
"Perjalanan ini masih panjang buatmu. Belajarlah bersungguh-sungguh jika kamu mahu melihat kehidupan di luar sana. Jangan lepaskan peluang terbentang luas ni. Cikgu percaya, cikgu yakin, suatu hari kamu akan berada jauh dari pulau ini"
Terima kasih cikgu. Tiada kata yang mampu diri ini luahkan buat guruku ini. Dia tidak pernah jemu menyorong kata semangat disaat aku terdampar di laut kecewa. Dia sama sekali enggan melihatku terus hampa tanpa terus berusaha.
Katanya, tanyalah hati kamu, sampai bila kamu ingin melihat ibumu terus menderita sedangkan kamu dari awal mudah berputus asa. Dengan ilmu, kamu mampu bawa ibumu keluar dari penderitaan ini.
Aku seakan tersedar dari mimpi yang alpa. Memang benar kata guruku, ibuku sudah lama menderita. Dan aku pula harus keluar dari penderitaan yang bersarang di pulau ini.
"Dengan satu langkah perjalanan, kamu akan menemui segalanya" kata guruku lagi.
Hari ini, dengan satu perjalanan itu, aku berjaya keluar dari kepompong penderitaan itu. Dan kini, aku semakin hampir ke puncak gunung kejayaan itu. Namun, jiwaku lara.
Disaat aku hampir tiba di puncak gunung kejayaan yang ingin kubuktikan pada guruku, dia telah pergi buat selama-lamanya. Perjalanan ini akanku teruskan jua walaupun jasadnya tiada. Bagiku, roh seorang pendidik sentiasa bergegar dalam sanubariku.
Aku terbawa rohnya kemana saja. Roh yang menyeru supaya aku menjadi insan berguna. Insan yang mampu mendidik anak bangsa menggantikan jasadnya yang tiada.
Pemergiaan dua permata negara ini amatlah menyentap jiwa warga SMK Tunku Putra, Langkawi penghujung 2007 yang lalu. Jasa dan pengorbanan mereka masih terpahat di hati ini. Alfatihah buat Arwah Cikgu Haridah dan suaminya Cikgu Ghazali serta anak-anaknya. Semoga Roh kalian dicucuri rahmat. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment