Monday, January 4, 2010

Sesawah Kekhilafan... (mencari sebuah keindahan)

Keindahan adalah
kedamaian sebuah kehidupan
yang berarak di medan kemakmuran
lalu bersatu di sawah harapan

namun
di sebalik keindahan
dan kedamaian
tercalik lumpur penderitaan
dari kuku keganasan
dari hati ketamakan
dan
dari jiwa kebakhilan

hari ini,
bersama kita himpunkan
benih keinsafan
dari rumpun kekhilafan
dari batas kebaktian
bagi mencantum kembali
sebidang kedamaian
menjadi
seladang kebahagiaan
berkekalan.

Murizah Mustafa
Universiti Malaya
5 Januari 2010

3 comments:

  1. cakap la nak cakap apapun syukri...aku tak pernah mati dengan umpat keji orang...dan aku bersyukur sebab ada kawan yang mampu menyuntik semangat ni untuk lebih berjaya dalam hidup.....ermmmm

    ReplyDelete
  2. well... Hidup bukan rel keretapi tapi sungai dengan liku-likunya...

    ReplyDelete