Sunday, October 14, 2012

Percaya pada Dia

Jika ia pahit, percayalah itu adalah penawarnya
Jika ia manis, percayalah ada racun disebaliknya
Jika dicampur keduanya, si pahit akan jadi penawar pada si manis buat selamanya.....

Alhamdulillah, sehingga ke detik ini saya sudah mampu berjalan seperti tujuh tahun yang lalu. Tujuh tahun yang penuh dengan kenangan. Saban hari saya cuba lupakan kenangan-kenangan bersama-sama mereka. Mereka yang pernah membantu saya. Mereka yang melukakan hati saya. Dan mereka yang terluka disebabkan saya.
Biarlah ia berlalu dengan tenang asalkan jiwa saya redha. Jika diizinkan, saya tidak mahu lagi ada nama-nama itu dari hidup saya. Bukannya sengaja saya menghilangkan diri, jauh sekali membenci tapi percayalah saya mencari yang ada di depan mata saya.
Andai saya mampu putarkan waktu, saya tidak mahu kenangan itu. Saya tidak mahu mengenali mereka kerana saya tidak mahu hati saya terluka dan hati mereka turut terluka. Namun, Dia menentukan segalanya. Saya insan biasa yang akhirnya terpaksa menelan semua kenangan itu dalam secangkir kepayahan.
Dalam mentafsir kehidupan ini, mungkin ini yang termampu untuk saya. Saya membuka lembaran baru dan menghapuskan lembaran sebelumnya. Untuk ini mungkin saya harus bijak mengatur plot yang sesuai untuk jiwa saya. Saya perlukan secebis ketenangan. Sehelai kedamaian diri. Saya amat percaya pada Dia. Dia telah menghantar pada saya sesuatu itu dan saya ikhlas menerimanya. Moga ia kekal bersama saya.. :)


No comments:

Post a Comment