Keindahan adalah
kedamaian sebuah kehidupan
yang berarak di medan kemakmuran
lalu bersatu di sawah harapan
namun
di sebalik keindahan
dan kedamaian
tercalik lumpur penderitaan
dari kuku keganasan
dari hati ketamakan
dan
dari jiwa kebakhilan
hari ini,
bersama kita himpunkan
benih keinsafan
dari rumpun kekhilafan
dari batas kebaktian
bagi mencantum kembali
sebidang kedamaian
menjadi
seladang kebahagiaan
berkekalan.
Murizah Mustafa
Universiti Malaya
5 Januari 2010
kedamaian sebuah kehidupan
yang berarak di medan kemakmuran
lalu bersatu di sawah harapan
namun
di sebalik keindahan
dan kedamaian
tercalik lumpur penderitaan
dari kuku keganasan
dari hati ketamakan
dan
dari jiwa kebakhilan
hari ini,
bersama kita himpunkan
benih keinsafan
dari rumpun kekhilafan
dari batas kebaktian
bagi mencantum kembali
sebidang kedamaian
menjadi
seladang kebahagiaan
berkekalan.
Murizah Mustafa
Universiti Malaya
5 Januari 2010
dah2 la..merepak pa hg ni
ReplyDeletecakap la nak cakap apapun syukri...aku tak pernah mati dengan umpat keji orang...dan aku bersyukur sebab ada kawan yang mampu menyuntik semangat ni untuk lebih berjaya dalam hidup.....ermmmm
ReplyDeletewell... Hidup bukan rel keretapi tapi sungai dengan liku-likunya...
ReplyDelete