Sunday, January 3, 2010

Aku dan pagi ini....

Pagi ini. Dengan semangat yang ada, sepuluh minit sebelum jam merangkak ke angka 9 a.m, aku melangkah keluar dari bilik demi satu matlamat. Ermmm...jangan jadi macam minggu lepas sudahlah. Lambat 5 minitpun kena perli dek Dr Hanizah.

"Ermm! Untuk minggu depan, saya tak akan tunggu lagi sesiapa yang lambat macam hari ni!" Huh, berdesing telinga aku waktu tu. Bukan apa, aku yang last masuk kuliah dia... Betul-betul kena atas batang hidung sendiri! Padan muka! Terbabas! (tido)

Adoi, dah lah kami 5 orang saja yang masuk kelas dia, kena perli pulak. ermmm..sabar jelah.

"Hah, awak yang baru masuk ni, kenapa awak pilih kelas saya? Sebab dah tak ada pilihan lain ke?" Tanya Dr Hanizah dengan riak lebih garang dari mak aku kat kampung. Mak aku pun tak garang macam nih.
Perhh, doktor nih, tak sempat aku nak jawab, dia dah tolong jawab. Waktu tu aku memang terkejut badak. Dah lah peluh kat dahi dah tak sempat nak kering, dah kena soal pulak....

"Bukan macam tu doktor..." jawabku. Aku cuba mencari jawapan yang paling selamat. Apa aku nak jawab ni...huhu.

"Habis tu, macam mana lagi?" Riak wajahnya semakin tegang. Mungkin kecewa dengan sikap pelajar yang 'rajin' beradu di bilik agaknya. Bayangkan yang mendaftar untuk paper ni seramai 50 orang. Yang hadir cuma 5 orang. Pensyarah mana yang tak bengang! Kalau aku jadi pensyarahpun aku bengang! hahhaha...pensyarah la sangat!

"Saya memang berminat dengan dunia maritim doktor. Sebab tu saya pilih paper doktor." Huh, ini jawapan yang paling selamat agaknya. Getus hatiku. Bantai sajalah Murizah!!!!!!

"Sebab tu saja? Tak ada sebab lain?"

"Ada doktor" jawabku dengan merenung tepat ke dalam mata pensyarah yang aku kira cukup tegas ini.

"Apa dia," soalnya lagi.

"Saya pelajar minor alam sekitar, doktor."Beritahuku walaupun tidak di soal tentang itu. Ada dia kisah aku pelajar mana? Ah, lantaklah aku nak bagi tahupun.

"Habis tu, apa kena mengena alam sekitar dengan isu maritim yang kita nak belajar ni?" Dr Hanizah sengaja menguji diriku.

"Bagi saya, memang ada kena mengena, doktor. Maritim berkaitan dengan lautan. Jadi saya kira lautan tergolong dalam alam sekitar. Kalau berlaku pencemaran, contohnya pertumpahan minyak dari kapal-kapal, bukankah itu melibatkan alam sekitar dan juga maritim, doktor? Jadi tidak salah kalau saya dari minor alam sekitar belajar paper doktor." aku luahkan isi hati aku sepenuhnya di hadapan doktor yang bagiku cukup berdisiplin.

"Ok, saya terima jawapan awak. Betul kata awak, kita akan belajar tentang itu nanti. Yang lain macam mana? Kenapa awak melilih kelas saya?" Soal Dr. Hanizah kepada 4 orang lagi pelajar lain. Aku pula tersenyum di dalam hati. Huh, nasib baik terselamat! Kelas kami tamat dengan sesi soal jawab sahaja tentang maritim.

Untuk minggu ini, aku berazam tak mahu lambat lagi. (Minggu ni je la, minggu depan tak tahu lagi...azam lain pulak)

Jadi untuk minggu ni, aku melangkah laju ke DKB. Dalam hujan renyai-renyai...payung pulak lupa nak bawa. Mak aiiii..Bersiram untuk kali kedua nampak gayanya....

Yang paling aku tak dapat terima kenyataan hari, tut,tut sampai saja di Dkb, tertampal pulak sekeping kertas A4, di sebelah pintu dkb:

KELAS DR HANIZAH DIBATALKAN HARI INI, 4 JANUARI 2010, DAN AKAN DIGANTIKAN PADA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN!!!!!!!!!

wawaaaa.....kecewanya aku....dah la penat berjalan di tengah gerimis...kelas pulak batal!!!!!!!!!!geramnya!!!!!!!!!

dengan langkah yang amat-amat kecewa, aku pulang ke bilik...lalu...aku bukalah blog tercinta ini....hihihikkkkk

MURIZAH MUSTAFA
UM....

2 comments:

  1. Teringat lecturer dulu yang kunci pintu kelas tak bagi budak lewat attend kelas dia...

    ReplyDelete
  2. Tegas lecturer tu bertempat sebenarnya....ada sebabnya...student je tak reti nak fahami, atau memang tak nak fahami...macam diri ini...huhuhaaaahuaaaa

    ReplyDelete