Sunday, October 7, 2012

Hati sang pencinta...

Hari ini cukup untuk saya  lapangkan hati. Walaupun agak sibuk dengan segala macam hal, saya masih sempat bersembang dengan mak, sambil cicah mempelam muda dengan sambal belacan, sempat berhujah dengan adik dan gelak menceritakan sesuatu yang benar-benar lucu bagi saya, adik dan mak :).. Itupun cukup bermakna kepada saya. Jika beberapa bulan yang lalu hidup saya sedikit haru-biru, dan hati benar-benar beronar, tapi hari ini segalanya telah berubah. Alhamdulillah, Dia masih dengar permintaan saya saban hari.
Sebentar tadi saya sempat bertanya khabar daripada seorang teman rapat saya semasa di Universiti, khabar darinya juga turut menghiburkan hati saya. Doa saya, semoga dia bahagia di dunia dan akhirat bersama bakal pendampingnya di saat susah mahupun senang. Beberapa bulan yang lalu di saat hati saya berdarah, dia tiupkan beberapa penawar yang cukup melegakan hati saya. Dia kuatkan saya dengan kata-kata yang masih terpahat di hati saya, "Allah akan berikan sesuatu yang indah lepas ni. Jangan sedih". Kalimat itu saya simpan rapat-rapat di hati saya dan akan saya ukir menjadi permata. Rupanya hidup ini amat indah jika ditanam benih kesabaran dan bajanya hanyalah keredhaan.
Jika kita redha, bermakna kita berlapang dada menerima ujian demi ujian. Masakan saya mampu bertahan segagah itu sedangkan saya dilahirkan dengan hati yang cukup rapuh bila dipatahkan dengan kata-kata. Saya mula goyah bila di tiup badai dari kelautan. Mujur di belakang saya ada pasak-pasak yang tidak pernah biarkan saya keseorangan. Merekalah pasak yang saya sayangi. Kerana mereka, saya masih tersenyum dan menadah tangan bersyukur.
Dan hari ini juga, saya seakan tidak percaya. Adakah semua ini mimpi dalam mimpi? Bila dengar suaranya jauh di hujung waktu, ketahuilah saya itu bukannya mimpi tapi  realiti "indah" yang diungkapkan oleh teman saya. Akhirnya saya temui jua apa yang saya mimpikan  saban tahun lamanya.....

No comments:

Post a Comment