Ketika kita berdiri
darah pasti terhenti
di sinikah destinasi
menabur budi
mengenali diri
mencari harga diri
atau menggadai maruah diri
Ketika kita berlari
air mata pasti terhenti
di sinikah lombong kemanusiaan dicari
yang pasti
kita terus menggali
perigi kesungguhan
tak pernah kering
walau sengketa di sana sini
Ketika kita bersendiri
terpancarlah jati diri
kerana di sinilah
langkah bermula
mengejar cita-cita
seantero dunia.
No comments:
Post a Comment