Tuesday, November 10, 2009

Semua Itu Pasti Terjadi

Apabila perjalanan itu terhenti
kita baru tersedar dari mimpi
hakikatnya tidak pernah kita sedari
mimpi atau realiti
penghujungnya tetap pasti
hidup itu pasti
mati itu pasti
liang abadi itu pasti
seksa sakaratulmaut itu pasti
seksa kubur itu pasti
azab neraka itu pasti
azab kiamat itu pasti
namun, kita pejamkan mata hati
demi segumpal nafsu manusiawi...

MURIZAH MUSTAFA
UNIVERSITI MALAYA
9 NOVEMBER 2009

No comments:

Post a Comment