Thursday, September 10, 2009

Syawal Tanpa Dirimu...


Suara takbir bergema
dikala rembulan Syawal bertandang tiba
dikala itu, aku terkenang
saat indah bersamamu
terbayang riak girangmu
memintaku nyalakan
pelita impian untuk menerangi
indahnya malam

Syawal yang indah
kini sepi sendiri
terkenang aku pada dirimu
disaat kau pinta sebiji ketupat kasih
dicicah bersama rendang sayang
amat kutahu
itu resepi kesukaanmu

Syawal ini aku tersendu lagi
kerana tiada rendang sayang
tiada lagi ketupat kasih
tiada lagi pelita impian
tiada lagi jasadmu

Kerana itu kutahu

air mata ini mengalir
disaat pemergianmu
bukannya pinta dariku
shahdunya
Syawal tanpa dirimu.....

No comments:

Post a Comment