Sunday, September 13, 2009
Kesempatan itu Kurniaan Mu Ya Allah...
Ya Allah
aku bersyukur atas nikmat-MU
kerana memberi kesempatan ini
untukku terus menatap wajah alam
untukku terus menatap wajah matahari
wajah bulan
dan wajah insan yang amat aku kasihi
WAJAH IBUKU....
Ya Allah
kiranya kesempatan ini Kau pinta kembali
tertutuplah mata ini
sebagaimana tertutupnya
pintu-pintu rahmat-Mu
buat hamba-hamba-Mu
yang enggan bersyukur pada-Mu, Ya Allah
Ya Allah
masih terpahat pesan IBUku
kesempatan itu hanya sekali
dan aku sebagai hamba-Nya harus bersyukur
kerana di kala mentari itu tersenyum
aku masih mampu tertawa
di kala bulan itu menari
aku juga masih lagi berlari
di kala wajah alam itu berseri
aku juga masih lagi berdiri...
Ya Allah
setiap dugaan-Mu
aku tadahkan hatiku
aku pasrah dengan segalanya
kerana kesempatan yang engkau kurniakan
amat bermakna buat diriku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment