Sunday, August 30, 2009

Perlukah Kita Banyak Berfikir...


"Cuba tengok adik Muhammad Faiz Akashah di sebelah tu. Apa yang difikirkannya? Muka pun dah nampak macam stres semacam je. Nak demam kot, waktu tu"

Apapun, ada perkara yang ingin saya katakan di sini. Perlukah kita berfikir. Berfikir untuk apa? Senang cerita, jika kita mengalami masalah, adakah kita terfikir hendak mencari jalan penyelesaiannya?

Kalau kita biarkan masalah itu, semakin hari ia semakin bertambah. Saya akui semua itu. Tetapi kadang-kala, saya sendiri sukar untuk berfikir dan sukar untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Lagi bertambah parah, tatkala saya biarkan masalah itu berlarutan. Misalnya, di sini saya paparkan pengalaman diri saya. Sejak kurang lebih setahun lalu hingga hari ini, saya mengalami sedikit masalah kesihatan.

Saya biarkan ketika ia datang menyerang seperti biasa. Saya anggap itu perkara biasa, sedangkan dalam diri saya, saya rasakan ia semakin hari semakin bertambah. Tetapi malangnya saya tidak pernah untuk berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.

Baru-baru ini, sakit tersebut kembali lagi. Setiap kali selepas makan, perut saya seolah-olah tidak dapat menerima apa-apa yang saya telan. Semuanya tidak mampu bertahan walaupun tidak sampai setengah jam.

Selepas beberapa hari, emak saya mengajak saya ke klinik swasta untuk scan. Ketika itu, saya hanya menjadi Mak Turut. Selepas discan, maka dapatlah sedikit gambaran mengapa perkara itu berlaku kepada saya. Tidak perlu saya ceritakan dengan lebih lanjut. Maka selepas itu, barulah saya terfikir. Mengapa kita perlu berfikir, berfikirlah untuk mencari jalan penyelesaian.

Jangan beratkan diri dengan masalah-masalah yang kita sendiri tidak mahu berfikir tentangnya.

No comments:

Post a Comment