Langkawi dilanda banjir
PADANG MATSIRAT - Tiga kawasan mukim di Langkawi ditenggelami air setinggi satu meter
dalam kejadian banjir kilat kelmarin.
Hujan yang berlarutan sejak malam 22 Ogos mengakibatkan Mukim Padang Matsirat, Ulu
Melaka, Bohor dan beberapa kawasan di Kedawang terjejas teruk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, kejadian banjir ini disebabkan oleh perubahan muka bumi di Langkawi.
“Air dari Gunung Raya mengalir ke laut, manakala laut pula mengalami ombak besar dan terdapat banyak rumah di persisiran itu secara polar berjajar mengakibatkan rumah mereka menjadi laluan air.
“Keadaan laluan air yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran 10 tahun lalu sudah tidak relevan, memandangkan terdapat banyak rumah dan evolusi muka bumi telah berubah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian 5 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment