Wednesday, August 12, 2009

Buat Bonda

Dalam kolam angsa bersuka
Mari dipanggil berinya makan
Kerana dirimu wahai bonda
Terlerai nyawa aku relakan

Anak rusa tepi perigi
Sedang menjamah sipokok pakan
Keringatmu bonda membasahi bumi
Mana mungkin aku lupakan

Anak haruan di dalam paya
Dapat seekor ditangkap paman
Terima kasih duhai bonda
Jasamu kukenang sepanjang zaman

No comments:

Post a Comment