Monday, February 22, 2010

Demi Hati

Tidak termampu kaki ini berlari
dari kesedihan mahupun keperitan kerana
manis kebahagiaan masih terselit
pahitnya kelukaan mencengkam
sungguh menghimpit perasaan yang
terkandung sejuta kerinduan
namun masih berbingkaikan kedukaan
haruskah aku leburkan kedukaan jadi berlian
kesedihan jadi intan
keperitan jadi manikam?
Demi hati dan perasaan

2 comments:

  1. manusia hebat mampu menukar air mata menjadi berlian. semakin dia terluka, semakin dia tercabar, semakin besar potensinya untuk menjadi manusia hebat.
    kita harus menjadikan diri dalam kelompok itu.
    memang sukar...
    tapi jika kita tak bangkit lepas tersungkur,
    kita menurunkan darjat kemanusiaan kita sendiri

    ReplyDelete
  2. bersahabat dengan kelukaan bermakna kita dekat dengan kegembiraan...terima kasih atas segalanya....

    ReplyDelete